NMr1G6OUCrI Ribut badai enam lokasi di Langkawi
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ribut badai enam lokasi di Langkawi


Tarikh kemaskini: 09/08/2019





LANGKAWI, 9 Ogos (Bernama) -- Enam lokasi di pulau peranginan ini dibadai ribut dalam kejadian bermula lewat petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Langkawi, Kapt (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata, enam lokasi itu ialah Kedawang, Bohor, Padang MatSirat, Ayer Hangat, Kuah dan Ulu Melaka.

"Hujan lebat beserta angin yang kencang melanda kawasan itu kira-kira pukul 8.00 malam menyebabkan beberapa buah rumah dan kenderaan ditimpa pokok. 

"Di jalan-jalan utama terdapat pokok yang tumbang dan menghalang lalu lintas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih mengumpul maklumat terperinci berhubung jumlah kerosakan akibat ribut itu.

"Laporan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Ketika ini koordinasi pengurusan bersama agensi lain sedang dilakukan di kawasan terjejas," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel