fprm8KdghRo Malaysia tewaskan Thailand untuk juarai kejohanan AFF B-15
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Malaysia tewaskan Thailand untuk juarai kejohanan AFF B-15


Tarikh kemaskini: 09/08/2019




KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Pasukan Malaysia yang bangkit daripada ketinggalan satu gol, berjaya menundukkan juara tiga kali Thailand, 2-1 untuk menjuarai Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-15 2019 di Stadium IPE Chonburi, Thailand, hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan anak buah P. Maniam mengulangi kejayaan 2013 di mana Malaysia memenangi kejohanan itu buat kali pertama dengan mengalahkan Indonesia 3-2 pada final menerusi penentuan penalti susulan terikat 1-1 selepas masa penuh perlawanan.

Pada perlawanan hari ini, Thailand mendahului pada minit ke-16 melalui gol dijaringkan Theekawin Chansri, sebelum Malaysia bangkit dan menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua, melalui Muhammad Izrin Ibrahim pada minit ke-69 dan Muhammad Nabil Qayyum (minit ke-79), menurut laman Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Untuk rekod, Malaysia mendahului Kumpulan B sebelum mengalahkan pasukan tempat kedua Kumpulan A, Vietnam 3-1, di perlawanan separuh akhir pada Rabu.

Pasukan itu memulakan kempen mereka dengan membelasah Brunei Darussalam 8-0 pada 28 Julai, Kemboja (2-0) pada 30 Julai, Australia (3-0) pada 1 Ogos, sebelum seri 1-1 dengan Laos dan pasukan tuan rumah masing-masing pada 3 dan 5 Ogos.

Skuad tersebut yang kebanyakannya pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di Kuantan Pahang akan pulang ke Malaysia, esok.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel