Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perlis dilanda hujan lebat dan angin kencang


Tarikh kemaskini: 09/08/2019





KANGAR, 9 Ogos (Bernama) -- Hujan lebat disertai angin kencang melanda Perlis hampir sejam bermula kira-kira pukul 8.00 malam ini, mengakibatkan banyak bangunan, premis kediaman dan perniagaan khemah-khemah perniagaan rosak.

Beberapa kejadian pokok tumbang serta kabel elektrik melintang di tengah jalan raya di samping kemalangan-kemalangan kecil turut dilaporkan berlaku.

Tinjauan Bernama mendapati gerai-gerai dan khemah di Dataran 350 di  Kangar yang didirikan untuk peniaga sempena Hari Raya Haji musnah dipukul angin kuat, dan sehingga pukul 10 malam ini hujan lebat yang disertai angin kuat masih berlaku di bandar Kangar.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam yang dihubungi berkata anggota-anggota agensi itu telah dikerah membantu mangsa dan membersihkan jalan-jalan yang terhalang oleh pokok-pokok yang tumbang.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan gambaran penuh kerosakan yang berlaku ketika ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel