Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perak turut dilanda ribut dan hujan lebat


Tarikh kemaskini: 10/08/2019




IPOH, 9 Ogos (Bernama) -- Selepas Perlis, Kedah dan Pulau Pinang,  hujan lebat dan angin kencang turut membadai beberapa kawasan di Perak, tengah malam ini, mengakibatkan banyak kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan di Lenggong dan Parti Buntar.

Bagaimanapun, tiada mangsa atau kejadian pokok menimpa kenderaan atau kediaman dilaporkan dalam kejadian bermula jam 12.53 tengah malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, dalam kenyataan, berkata pusat gerakan operasi bomba Perak hanya menerima kes pokok tumbang dan tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Beberapa rakaman video menunjukkan angin kencang dan ribut di kawasan Kerian di sini tengah malam ini turut dikongsikan di laman media sosial namun pihak bomba tidak menerima laporan kes di kawasan berkenaan.

Difahamkan, kawasan Kuala Kangsar turut dilanda hujan lebat dan angin kencang namun hanya dalam tempoh yang singkat.

Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut menyeluruh yang dikeluarkan pada 10.10 malam tadi meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak sehingga jam 2 pagi ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel