2mLgSCfnack Wanita maut digilis kereta ketika ribut
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita maut digilis kereta ketika ribut


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





ALOR SETAR, 10 Ogos (Bernama) -- Seorang wanita maut dilanggar sebuah kereta selepas dia terjatuh daripada motosikal akibat terkena kepingan atap zink yang diterbangkan ribut di hadapan Masjid Sharifah Fatimah, Batu 13, Jitra, dekat sini malam ini. 

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata kejadian berlaku apabila sekeping atap zink yang diterbangkan angin terkena Marziah Che Omar, 27, dari Taman Bersatu, Jitra, yang sedang menunggang motosikal, menyebabkan dia terjatuh di atas jalan.

“Zink itu kemudian diterbangkan lagi dan menutup cermin hadapan sebuah kereta yang berada di belakang motosikal, menyebabkan pemandunya tidak tidak nampak pandangan hadapan, dan kereta itu terus menggilis wanita berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini. 

Katanya Marziah yang mengalami kecederaan di beberapa anggota badan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Jitra untuk bedah siasat.

Beliau berkata pemandu kereta itu membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Jitra dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saya ingin nasihatkan orang ramai supaya memandu dengan lebih berhati-hati dalam keadaan hujan lebat dan angin kuat ini. Selain itu elak memberhentikan kenderaan di bahu jalan kerana ia boleh mengundang bahaya,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel