Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Malaysia, Indonesia akan bincang lanjut isu dua hala pada rundingan tahunan ke-13


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Malaysia dan Indonesia akan membincangkan perkara dua hala dan isu kepentingan bersama semasa Majlis Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-13 yang akan dihoskan oleh negara republik tersebut.

Kementerian Luar berkata, antara isu tersebut termasuk pembangunan projek kereta ASEAN, kerjasama dalam industri minyak sawit, pusat pembelajaran komuniti (CLC), pembatasan sempadan maritim dan darat, pembantu rumah warga Indonesia serta Kawasan Maklumat Penerbangan Indonesia.

“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Indonesia, Joko Widodo turut menyentuh permohonan Timor-Leste untuk menyertai ASEAN,” menurut kenyataan kementerian itu lewat malam ini sempena lawatan rasmi dua hari presiden itu ke Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, kementerian itu berkata tarikh rundingan tahunan tersebut akan ditentukan kelak.

Kementerian itu berkata Dr Mahathir turut menyampaikan jemputan kepada Joko Widodo atau lebih dikenali dengan panggilan Jokowi, untuk menghadiri Sidang Kemuncak KL di sini dari 19 hingga 21 Disember ini.

“Lawatan Jokowi ke Malaysia dan pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu mencerminkan komitmen kedua-dua negara tersebut bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dan Indonesia,” menurut kenyataan tersebut.

Ini merupakan lawatan pertama Jokowi ke luar negara selepas dipilih semula bagi penggal kedua dalam Pilihan Raya Presiden pada 17 April lalu.

Jokowi, yang tiba bersama isteri, Iriana Jojo Widodo di Malaysia petang semalam, mengakhiri lawatan rasminya sebelum berlepas ke Singapura dari Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang tadi.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel