Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hujan dan angin kuat membadai beberapa lokasi di Langkawi


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





LANGKAWI, 9 Ogos (Bernama) -- Suasana sekitar Jalan Pantai Chenang di sini tiba-tiba menjadi kelam kabut, apabila angin yang mengiringi hujan lebat tiba-tiba menjadi kencang lalu menerbangkan bumbung-bumbung zink, berselerak dan menghempap kerusi dan meja yang diletakkan di luar deretan gerai.

Demikian perkongsian seorang peniaga gerai makanan di tapak 'food truck' di Jalan Pantai Chenang, mengenai kejadian hujan lebat bersama ribut yang membadai lokasi itu kira-kira pukul 8.00 malam tadi.

Abdul Rashid Yahya, 43, berkata ketika itu terdapat lebih 10 pelanggan yang sedang menikmati selera di kedainya itu.

"Ribut menerbangkan semua kerusi meja, semua pelanggan yang lari masuk ke dalam kedai menyelamatkan diri. Saya kemudian minta anak Muhammad Izuwan, 11, pelajar sebuah maahad tahfiz di Alor Setar laungkan azan, sebaik dilaungkan tiba-tiba ribut berhenti," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu berkata pekerja di 'food truck' yang menyajikan hidangan western food Muhammad Najmi Rusyaidie Azri, 18,  berkata dia baru menyiapkan pesanan pelanggan apabila ternampak kepala angin menuju kawasan itu.

"Saya dah seorang rakan sekerja segera kemaskan gerai namun ribut datang terlalu cepat menyebabkan kami berdua lari menyelamatkan diri ke dalam sebuah kedai berhampiran.

"Ribut itu juga menyebabkan dua kereta dihempap bumbung zink yang diterbangkan, malahan ada kami lihat kabel elektrik yang terputus," katanya.

Sementara itu Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Langkawi, Kapt (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata 26 kawasan dilaporkan terjejas akibat ribut yang membadai pulau ini setakat pukul 11 malam.

"Keadaan cuaca ketika ini masih hujan lebat dan angin kencang. Semua agensi sedang bertungkus-lumus melakukan kerja-kerja pembersihan seperti memotong pokok yang tumbang," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel