Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM jalankan operasi mencari lelaki jatuh bot ketika ribut


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





ALOR SETAR, 10 Ogos (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kedah hari ini menjalankan operasi mencari seorang lelaki yang disyaki terjatuh dari bot yang dinaiki ketika kejadian ribut di sekitar perairan Titi Tok Arab, Jerlun dekat sini malam tadi. 

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata mangsa Azimat Hasan, 62, disyaki terjatuh dari bot fiber semasa keadaan cuaca buruk dan laut bergelora malam tadi. 

"Kita menerima maklumat kejadian pada pukul 9.50 malam daripada anak mangsa. Selepas itu, operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan pada pukul 10.15 malam tetapi tidak dapat diteruskan berikutan cuaca buruk dan had penglihatan yang terhad. 

"Bot Kilat 29 yang diarahkan untuk menjalankan pencarian juga terpaksa berpatah balik kerana ombak tinggi antara tiga hingga lima meter," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Katanya maklumat berkaitan kejadian juga turut disalurkan kepada agensi lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata operasi telah disambung semula pada pukul 7 pagi tadi yang melibatkan kawasan pencarian sejauh 17 batu nautika.

"Kelajuan angin hari ini sekitar 20 hingga 30 kilometer sejam dengan ketinggian ombak antara 1 hingga 1.5 meter. Kita telah menubuhkan pangkalan hadapan CARILAMAT di kawasan titi berkenaan.

"Operasi juga disertai nelayan yang turut turun ke laut bagi membantu mencari mangsa," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel