lJnF9vpB3xQ Ribut jejaskan 64 sekolah di Kedah
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ribut jejaskan 64 sekolah di Kedah


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





ALOR SETAR, 10 Ogos (Bernama) -- Sejumlah 64 sekolah di lapan daerah di Kedah terjejas apabila mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dan siling bangunan sekolah itu akibat ribut malam tadi setakat 11.30 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah Dr Salmee Said berkata, lapan daerah itu membabitkan Kuala Muda, Yan, Padang Terap, Kubang Pasu, Pendang, Baling, Kota Setar dan Kulim-Bandar Baharu.

“Umumnya kerosakan melibatkan bumbung dan siling tercabut akibat ribut kuat pada malam tadi. Pihak JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) akan memperbaiki segera kerosakan itu,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Bagaimanapun, Dr Salmee berkata sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar tidak terganggu  memandangkan mereka akan bercuti sempena Hari Raya Aidiladha hingga 17 Ogos nanti.

Sementara itu, kuarters guru di Kuah, Langkawi juga terjejas berikutan pokok tumbang dan bumbung tercabut.

Kerugian yang dialami ekoran kerosakan di sekolah dan kuarters guru itu sedang ditaksir pihak JPN, katanya.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel