Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki rentung dalam kebakaran rumah kedai


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





JOHOR BAHRU, 10 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Jalan Yahya Awal di sini, awal pagi ini.

Mangsa, Tan Chee Kin, 49, merupakan salah seorang pemilik kedai berkenaan manakala seorang lagi pemilik ialah lelaki warga Sri Lanka yang kini sedang bercuti di negara terbabit dan hanya akan pulang ke Johor selepas Hari Raya Aidiladha.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Shahurinain Jais berkata rumah kedai tersebut terdiri daripada empat bilik tidur, satu ruang pejabat dan stor serta satu kedai mencuci kereta yang terletak bersebelahan.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 5.20 pagi ketika empat pekerja yang sedang mencuci kereta di luar terdengar satu letupan di dalam rumah berkenaan, disusuli dengan kebakaran.

“Semasa kejadian, terdapat empat orang berada dalam rumah itu. Mangsa yang sedang tidur di biliknya tidak sempat melarikan diri dan rentung dalam bilik tersebut.

“Tiga mangsa lain pula berjaya melarikan diri dengan keluar melalui pintu belakang rumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Shahurinain berkata kebakaran kemudian berjaya dipadamkan oleh pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 5.45 pagi.

Katanya berdasarkan siasatan awal, dipercayai kebakaran berlaku akibat litar pintas kerana sistem pendawaian rumah tidak mengikut spesifikasi yang betul.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat dan pengesahan identiti akan dibuat berdasarkan kepada kesan cap jari atau sampel DNA (asid deoksiribonukleik) yang diambil pihak polis.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel