Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama petang ini


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Aliran trafik di lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat pukul 4 petang ini berikutan orang ramai pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidiladha esok.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik perlahan dari Sungai Buloh ke Sungai Buaya, Bukit Tangga ke Lembah Beringin, Terowong Menora ke Sungai Perak dan Bukit Berapit ke Changkat Jering.

“Trafik juga perlahan dari arah Bukit Merah menuju ke Alor Pongsu berikutan kemalangan di Kilometer 188.1 arah utara melibatkan sebuah kereta dan motosikal,“ katanya semasa dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata trafik juga perlahan arah selatan dari Putera Mahkota ke Seremban, Seremban ke Senawang dan dari Skudai menuju Senai Utara.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysian (LLM) berkata trafik menuju ke timur juga bergerak perlahan menyebabkan kelewatan trafik dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR 2) menuju plaza tol Gombak dan dari sana ke arah Bukit Tinggi.

“Trafik Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 juga kini sesak, menjejaskan pengguna yang menuju ke Temerloh dan bagi LPT2 pula, dilaporkan sesak bagi mereka yang menuju ke Kuala Terengganu dengan kelewatan dari Jabor ke R & R Perasing," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai aliran trafik melalui talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau LLM di 1800-88-7752 serta di Twitter, www.twitter.com/llminfotrafik.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel