Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Empat kali pertemuan bersama penduduk kampung baru sebelum sesi town hall


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Rina Mohd Harun akan mengadakan empat sesi pertemuan bersama penduduk Kampung Baru, bagi membincangkan pelan perancangan dan pembangunan kawasan itu.

Rina berkata pertemuan itu diadakan bagi memberi maklumat dan mendapatkan pencapaian serta persetujuan secara muafakat, sebelum satu sesi ‘town hall’ atau dialog awam oleh Kementerian Wilayah Persekutuan diadakan September ini.

Town hall itu dijangka turut dihadiri wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Kampung Baru. 

“Sebelum ini saya telah diberi taklimat daripada Perbadanan Kampung Baru berhubung perkara ini, jadi sebelum September, saya mahu antara kita termasuk MPP adakan sesi libat urus lebih awal.

“Kami mahu mereka hadir sesi libat urus awal ini, supaya apabila mereka hadiri sesi town hall nanti, mereka akan dapat gambaran jelas dan tidaklah hadir tanpa maklumat,” katanya selepas menyampaikan sumbangan 18 ekor lembu korban sempena Aidiladha kepada tujuh persatuan penduduk, enam masjid dan lima surau di Parlimen Titiwangsa.

Rina berkata demikian ketika ditanya  berhubung perkembangan pelan pembangunan di kawasan segi tiga emas itu.

Menjelas lanjut Rina berkata kebanyakan penduduk melahirkan kebimbangan akan manfaat pembangunan itu kepada penduduk asal.

Katanya rata-rata penduduk mahu bangunan yang dibina di kawasan itu mengekalkan ciri-ciri kemelayuan dan keislaman, serta menjadi tarikan kepada pelancong.

“Bagi saya kalau boleh kawasan ini dijadikan bandar pintar, kerana alang-alang mahu dibangunkan biar ia jadi bandar ikonik,” katanya. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel