Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Presiden Jokowi kongsi keterujaan naiki Proton dipandu Dr Mahathir


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Presiden Indonesia Joko Widodo hari ini berkongsi keterujaan beliau menaiki kereta yang dipandu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika lawatan dua harinya ke Malaysia, yang berakhir semalam. 

Dr Mahathir pada Jumaat membawa Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi ke majlis makan tengah hari yang dihoskan beliau di Seri Perdana menaiki Proton Persona.

“Bapak Tun Mahathir sungguh pemimpin senior yang enerjik dan pekerja keras. Bukan hanya soal urusan negara, mobil pun beliau setir sendiri.

“Bisa ngebut juga. Ini kali kedua saya menumpang di mobil yang dikemudikan Bapak Tun Mahathir,” tulis beliau melalui perkongsian video di laman Twitter rasminya, hari ini.

Dr Mahathir memandu Persona berwarna merah dengan nombor pendaftaran B 2367 A dengan diikuti kenderaan yang membawa delegasi lain dari Indonesia.

Ia merupakan kali kedua-dua pemimpin itu berkongsi kereta dipandu Dr Mahathir selepas kali pertama pada Februari 2015 apabila Dr Mahathir memandu uji Proton Iriz di litar uji Sepang.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel