Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama malam ini


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor perlahan malam ini berikutan pergerakan orang ramai yang pulang ke kampung bersempena cuti sekolah dan sambutan Aidiladha, esok.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, setakat 10 malam ini, aliran trafik bergerak perlahan di kawasan Behrang ke Gopeng, Senawang ke Pedas Linggi dan Tanjung Malim ke Bidor.

“Trafik juga perlahan dari Perai ke Permatang Pauh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik turut dilapor perlahan dari Plaza Tol Gombak ke Bukit Tinggi, Lentang ke Bentong dan Plaza Tol Bentong ke Karak.

“Bagaimanapun, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 lancar manakala LPT 2 agak sesak di Plaza Tol Kuala Terengganu arah pusat bandar,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel