Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mangsa bot karam yang diselamatkan di Pulau Tiga meninggal dunia


Tarikh kemaskini: 10/08/2019




KOTA KINABALU, 10 Ogos (Bernama) -- Seorang daripada dua mangsa bot hanyut dari Brunei Darussalam yang diselamatkan di Pulau Tiga, tengah hari semalam, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth II, pagi tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah, Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman Hassan bagaimanapun berkata identiti mangsa belum dikenal pasti.

Beliau berkata seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Sakur Ahing Juplin, 39, warganegara Filipina, masih menerima rawatan di hospital berkenaan.

"Menurut mangsa yang selamat, kejadian berlaku disebabkan bot mereka dimasuki air kerana ombak yang kuat dan tenggelam. Empat orang krew tenggelam bersama bot ,dan tujuh orang terjun ke laut untuk menyelamatkan diri.

"Pada hari kedua kejadian lima orang daripada kru telah meninggal dunia dan tenggelam," katanya dalam kenyataan, di sini malam ini.

Sementara itu National Search dan Rescue Coordination Committee (NRCC) Brunei telah menamatkan usaha mencari dan menyelamat sehingga ada petunjuk baharu.

Antara kru yang belum ditemui ialah Glori Dwi Santoso, 24,(Indonesia); Nor Jehad Makakena Abdullah, 27,(Filipina); Rusli Yusanto, 38, (Indonesia); Naseer Ketugi Abdullah 39,(Filipina), Agus Hariyanto, 39 (Indonesia); Mujib Intimani Alli, 43, (Filipina); Idris, 43, (Indonesia); Sarri Ahing Ibno, 50, (Filipina); Anthony Tomales Dionaldo, 51, (Filipina); dan Cesar Masalihit Lung, 54, (Filipina). 

Pada 5 Ogos lepas, 11 nelayan dari Brunei dilaporkan hanyut ke perairan Malaysia dan dua berjaya diselamatkan oleh APMM tengah hari, semalam.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel