Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Quartararo bermula di petak kedua pada GP Austria


Tarikh kemaskini: 11/08/2019





KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Pelumba Petronas Sepang Racing Team (Petronas SRT), Fabio Quartararo menampilkan kehebatan pada aksi di Red Bull Ring untuk bermula di petak kedua pada Grand Prix Austria (GP), esok.

Pelumba kelahiran Perancis berusia 20 tahun itu mencatatkan satu minit 23.461 saat dalam pusingan kelayakan malam ini, hanya 0.434 saat di belakang pendahulu Marc Marquez dari Repsol Honda Team yang menduduki podium untuk rekod kali ke-59 pada MotoGP untuk memintas pelumba Australia, Mick Doohan.

Pelumba dari Itali, Andrea Dovizioso dari Ducati Team, pencabar terdekat Marquez tetapi 63 mata di belakang selepas 10 daripada 19 perlumbaan, menamatkan saingan dengan membuat pecutan di trek dalam masa 1:23.515 saat.

Juara dunia tujuh kali, Valentino Rossi dari Monster Energy Yamaha MotoGP menduduki tempat ke-10 selepas mencatatkan 1:23.817 saat.

Seorang lagi pelumba Petronas, Franco Morbidelli dari Itali mencatatkan :24.270 saat untuk menhduduki tangga ke-14 sementara wira negara Hafizh Syahrin Abdullah dari Red Bull KTM Tech 3 masih bergelut dalam saingan MotoGP selepas mencatatkan 1:24.759 saat untuk bermula di petak kedua terakhir.

Dalam aksi Moto3, gandingan Petronas Sprinta Racing iaitu Ayumu Sasaki dan John McPhee yang memburu kejayaan pada perlumbaan esok, masing-masing menduduki tangga kedua dan keempat selepas membuat catatan yang selesa dalam sesi kelayakan.

Pelumba dari Jepun, Sasaki yang mempamerkan aksi terbaik baru-baru ini mencatatkan 1:36.511 saat sementara  McPhee dari Great Britain membuat catatan 1:36.690 saat.

Amat malang kerana penalti pada sesi Jumaat meletaan Sasaki kembali ke petak 12 pada saingan esok.

Pelumba VNE Snipers, Romano Fenati menduduki tangga pertama dengan catatan 1:36.460 saat sementara pelumba Sepanyol, Jaume Masia dari Bester Capital Dubai berada di tangga kegtiga dengan catatan 1:36.689 saat.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel