Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki mati dipercayai selepas berlaku pergelutan


Tarikh kemaskini: 11/08/2019




KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki maut dipercayai selepas terbabit dalam satu pergelutan susulan perselisihan faham yang berpunca daripada kemalangan jalan raya  di Kilometer 239 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, berhampiran susur Bandar Baru Bangi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata polis telah menahan sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an bagi membantu siasatan.

“Kemalangan berlaku lebih kurang pukul 1.40 tengah hari, dan berlaku perselisihan faham yang membawa kepada pergelutan antara dia dengan suspek lelaki berumur awal 40-an.

“Lelaki yang berusia 29 tahun itu dikejarkan ke Hospital Nilai dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi pegawai penyiasat kes itu dengan menelefon 016-406 4202, atau hubungai balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel