ii6Q1J8v17I JBPM Sarawak catat 250 kes kebakaran belukar
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JBPM Sarawak catat 250 kes kebakaran belukar


Tarikh kemaskini: 11/08/2019





KUCHING, 11 Ogos (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mencatatkan sejumlah 250 kes kebakaran belukar bagi tempoh 1 Ogos hingga tengah hari ini.

Menurut kenyataan JBPM, setakat 12 tengah hari ini, sembilan kes dilaporkan, secara puratanya JBPM Sarawak menerima 23 kes sehari.

“Semalam JBPM mencatatkan jumlah kes kebakaran belukar tertinggi iaitu dengan 58 kes telah diterima,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya  sungguhpun JBPM menasihati orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran secara terbuka terutamanya di musim cuaca panas dan kering, namun masih ramai yang tidak mempedulikan nasihat tersebut.

Sementara itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jabatan Alam Sekitar menunjukkan Institut Latihan Perindustrian Miri masih mencatatkan kualiti udara pada tahap bahaya iaitu dengan bacaan 388.

Di kawasan lain seperti di Kuching, Samarahan, Bintulu dan Sibu, bacaan kualiti udaranya masih dalam keadaan sederhana baik iaitu di antara 63 hingga 98.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 menggambarkan keadaan adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel