Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lapangan Terbang Lahad Datu dinaik taraf tidak lama lagi


Tarikh kemaskini: 11/08/2019





LAHAD DATU, 11 Ogos (Bernama) -- Pelancong yang berkunjung ke pantai timur Sabah akan lebih selesa apabila Lapangan Terbang Lahad Datu dinaik taraf tidak lama lagi, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi.

Beliau berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) bagi membincangkan pembangunan lapangan terbang itu.

"Pada perbincangan itu, kami turut mengenal pasti kriteria baharu lapangan terbang bagi membolehkan kapal terbang bersaiz besar mendarat di lapangan terbang tersebut. 

"Dengan pelan pembangunan pelancongan yang baharu di Lahad Datu yang sedang dirangka, kita mahu bukan sahaja pesawat ringan, malah pesawat jenis Boeing turut mendarat dan membawa pelancong ke kawasan pantai timur Sabah ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Nurul Ulum, Kampung Segama di sini hari ini.

Menyentuh mengenai Pelan Pembangunan Pelancongan Lahad Datu, Mohamaddin yang juga Ahli Parlimen Silam berkata pelan tersebut akan disiapkan secara komprehensif melibatkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Lahad Datu, Kunak dan Tungku.

"Di Parlimen Silam ini banyak produk pelancongan dan pelan tindakan ini penting untuk disegerakan pelaksanaannya nanti," katanya.

Mohamaddin berkata dua inisiatif terbaharu itu akan menaikkan lagi nama Lahad Datu dan bakal menjanjikan peluang pekerjaan dan limpahan ekonomi di Pantai Timur Sabah.

"Selain itu kita juga bakal menyaksikan peningkatan peluang pekerjaan sehingga 30 peratus di daerah ini nanti," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel