Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua lelaki melecur semasa cuba lerai perselisihan faham antara adik dan bapa


Tarikh kemaskini: 11/08/2019




KUCHING, 11 Ogos (Bernama) -- Dua lelaki melecur di bahagian anggota badan semasa cuba meleraikan perselisihan faham antara adik dan bapa mereka di Kampung Stenggang, Bau semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Poge Nyaon berkata dalam kejadian 8 malam itu, seorang lelaki berusia 19 tahun telah  bertindak membakar kereta bapanya sendiri setelah permintaannya untuk menggunakan kenderaan tersebut ditolak.

“Berdasarkan laporan, sebelum kejadian berlaku, suspek telah meminta kunci kereta, namun tidak dibenarkan oleh abang dan bapanya, suspek yang berang kemudian keluar dari rumah sambil mengugut untuk membakar dan mengebom kereta.

“Tidak lama kemudian suspek kembali ke rumah dengan membawa botol minyak petrol lalu menyimbah petrol tersebut kearah kereta, pintu pagar dan dinding rumah sebelum bertindak membakarnya menggunakan pemetik api,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Poge berkata, abang dan adik ipar suspek yang cuba meleraikan keadaan ketika itu turut disimbah dengan minyak petrol dan terbakar akibat disambar api.

“Akibatnya, kedua-dua mangsa telah mengalami kesan melecur pada bahagian badan, kepala dan kaki. Mangsa yang masing-masing berusia 26 dan 25 tahun itu kemudian dihantar ke Hospital Bau untuk menerima rawatan manakala suspek telah melarikan diri,” katanya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 327 dan 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel