Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sepuluh keluarga asnaf di Pulau Gaya terima sumbangan keperluan Aidiladha dari YDKMM


Tarikh kemaskini: 11/08/2019





KOTA KINABALU, 11 Ogos (Bernama) -- Sepuluh keluarga asnaf di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, di sini menerima sumbangan barangan persiapan Hari Raya Aidil Adha daripada Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) menerusi program Kitchen for You (K4U) dengan kerjasama Youth of Strength and Happiness (YOSH) dan Food for Hunger Organisation (FFH), semalam.

Pengarah program Muhammad Fazrin Sali dalam satu kenyataan hari ini berkata kesemua keluarga itu dikunjungi oleh 10 sukarelawan YDKMM yang menyampaikan bantuan barangan persiapan Hari Raya Aidil Adha seperti beras, gula dan tepung.

"Untuk program K4U kali ini para sukarelawan yang turut serta menyumbang masa dan tenaga untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban penerima dan sebagai persediaan mereka menyamnut hari raya Aidil Adha.

"Kebanyakan orang lain sudah pulang ke kampung untuk persiapan raya tetapi para sukarelawan sanggup korbankan masa dan tidak balik beraya semata-mata untuk membantu para penduduk kampung," katanya.

Beliau berkata program K4U merupakan penjenamaan semula program Food for Hunger 1.0 yang masih mengekalkan misi asal iaitu memberi bantuan kepada keluarga-keluarga asnaf di Kota Kinabalu dan daerah-daerah lain yang berdekatan pada setiap hari Sabtu.

Beliau setersnya menggalakkan masyarakat awam khususnya belia di Sabah untuk menghubungi mereka menerusi akaun facebook YDKMM Sabah jika berminat menyertai badan sukarelawan berkenaan atau jika ingin ingin menyalurkan bantuan kepada asnaf.            -- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel