Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jerebu: penduduk utara Sarawak disaran ambil langkah berjaga-jaga


Tarikh kemaskini: 11/08/2019





KUCHING, 11 Ogos (Bernama) -- Orang ramai terutama di kawasan utara Sarawak dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu.

Pengarah Kesihatan Negeri,  Dr Jamilah Hashim, menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah serta minum sekurang-kurangnya lapan gelas air bagi mengekalkan tahap hidrasi badan.

“Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah ke klinik dengan kadar segera jika penyakit bertambah teruk,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, sekiranya mengalami tanda dan gejala penyait berkaitan jerebu seperti mata berasa pedih dan berair, gatal kerongkong, kerap batuk, hidung berair, kerap bersin, sukar bernafas, sakit dada dan kulit badan berasa gatal, supaya segera mendapatkan rawatan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.myhealth.gov.my atau www.infosihat.gov.my.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel