Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bencana ribut P.Pinang: buat laporan polis sebelum pohon bantuan


Tarikh kemaskini: 11/08/2019





GEORGE TOWN, 11 Ogos (Bernama) -- Para pemilik rumah-rumah kediaman di Pulau Pinang yang mengalami kerosakan akibat kejadian ribut yang berlaku pada malam Jumaat lepas diminta membuat laporan polis segera bagi membolehkan mereka menerima bantuan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri ini, Phee Boon Poh berkata kerajaan negeri mempunyai dua jenis bantuan yang boleh diberikan kepada mangsa yang terlibat dalam bencana di Pulau Pinang.

Beliau berkata mangsa perlu mengambil gambar keadaan rumah kediaman mereka sebelum memohon bantuan dari kerajaan negeri iaitu Bantuan Bencana Alam Negeri Pulau Pinang dan juga Tabung Yang Dipertua Negeri (TYT).

"Setakat ini, kami masih dalam proses untuk mengenalpasti jumpa mangsa yang terlibat dalam ribut yang berlaku pada malam Jumaat lepas dan mereka patut membuat laporan polis untuk membuat permohonan bantuan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Tambahnya, kedua-dua bantuan itu merupakan bantuan yang berbeza dimana Bantuan Bencana Alam akan memberikan bantuan maksima RM500.00 manakala bantuan Tabung TYT akan memberikan maksima 10 peratus daripada jumlah kerosakkan kediaman tidak melebihi RM5,000 kepada setiap satu pemohon yang layak.

Berikutan sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini, Phee berkata agak sukar bagi pihaknya mengumumkan angka sebenar mengenai jumlah mangsa yang terlibat, namun jumlahnya dianggar lebih 500 kediaman.

Hujan lebat dan angin kencang yang melanda beberapa tempat di Pulau Pinang, Perlis dan Kedah pada malam Jumaat lepas, mengakibatkan banyak kejadian pokok tumbang dan bumbung diterbangkan angin, selain kerosakan fizikal terhadap kemudahan awam dan menjejaskan lalu lintas.

Di Pulau Pinang, dilaporkan 300 kejadian pokok tumbang dengan tiga buah pusat pemindahan sementara dibuka, melibatkan 71 mangsa, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, Phee yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Puyu berkata beliau difahamkan oleh pihak Tenaga Nasional Bhd (TNB) bahawa kerja-kerja membaik pulih gangguan bekelan elektrik berikutan kejadian ribut sedang giat dijalankan.

Katanya setakat pukul 4.00 petang ini, kerja-kerja membaik pulih aduan gangguan elektrik telah mencapai 89 peratus selesai dan pihak TNB juga ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh mana-mana wayar elektirk yang terjatuh, tergantung atau terjuntai bagi mengelakkan daripada terkena renjatan elektrik.

"Pihak TNB telah menerima sejumlah 2,114 aduan dimana 1,875 telah berjaya diselesaikan manakala 239 aduan lagi masih dalam proses penyelesaian pasukan teknikal TNB," katanya.

Selain itu, beliau berkata satu-satunya pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi hari ini di kawasan Tanjung Tokong yang mempunyai empat keluarga, dan ia dijangka akan ditutup lewat petang ini kerana kebanyakkan mereka telah mula balik ke rumah masing-masing.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Peniaga ingkar arahan penggunaan produk biodegradasi dikompaun

 
     

PRK Kimanis: Pimpinan PH perlu fikir langkah menangi semula hati rakyat - Anwar

 
     

BN kekalkan kerusi Kimanis

 
     

Dr Mahathir mahu Bersatu Kedah kukuhkan parti - Mukhriz

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel