Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Aidiladha bawa semangat kebersamaan - Frankie Poon


Tarikh kemaskini: 11/08/2019




SANDAKAN, 11 Ogos (Bernama) -- Sambutan Hari Raya Aidiladha di negara ini membawa semangat kebersamaan dalam kalangan penduduknya, kata Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon hari ini.

Beliau berkata di sebalik kekayaan Sabah, sambutan ini menuntut agar kalangan yang berada menghulur tangan dan membantu mereka yang memerlukan.

"Aidiladha mengingatkan kita supaya melakukan pengorbanan untuk membantu mereka yang memerlukan… masih ada golongan yang ketinggalan daripada arus pembangunan.

"Oleh itu, kerajaan akan terus membantu mereka dan kami juga memberi jaminan bahawa kita boleh mencapai kemajuan di Sabah sekiranya kita terus berganding bahu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan lapan ekor lembu korban di sini.

Poon memberi jaminan kepada umat Islam, terutamanya dalam Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat yang diwakilinya, bahawa sungguhpun terdapat perubahan dalam kepimpinan negeri, kerajaan tidak akan mengabaikan keperluan mereka dalam melaksanakan amalan yang dituntut agama.

"Di pihak saya pula, saya akan sentiasa turun padang dan cuba mendengar keluhan rakyat, belajar serta melaksanakan penyelesaiannya demi manfaat rakyat," katanya.

Mengenai sumbangannya bagi  Aidiladha, beliau berkata lembu korban itu diagihkan kepada Masjid Daerah Sandakan; Masjid Jamek Sandakan; Masjid Nur Islam, Pulau Berhala; Surau Seri Pantai Berhala; dan Surau Al-Furqan, Kampung Sim Sim.

Beliau berkata lebih 600 isi rumah akan mendapat manfaat daripada sumbangan itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel