Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

171 sekolah di Kedah rosak akibat ribut


Tarikh kemaskini: 11/08/2019





ALOR SETAR, 11 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 171 sekolah di beberapa daerah di Kedah direkodkan mengalami kerosakan, antaranya pada bahagian bumbung dan siling bangunan sekolah itu, akibat kejadian ribut Jumaat malam lepas, setakat 10 malam ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah Dr Salmee Said berkata daerah yang terlibat adalah Langkawi, Pendang, Sik, Baling, Kota Setar, Kubang Pasu, Kuala Muda, Yan, Padang Terap dan Kulim-Bandar Baharu.

"Kerosakan di semua sekolah itu akan dibaiki segera, tetapi mengambil masa sebulan juga  (untuk kesemua sekolah itu siap dibaik pulih)," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Bernama malam ini.

Dr Salmee berkata bagaimanapun masa terdekat ini sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar tidak terjejas, memandangkan mereka sedang bercuti Raya Aidiladha sehingga 17 Ogos depan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel