Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Muhammad V sembelih dua ekor lembu sempena Aidiladha


Tarikh kemaskini: 12/08/2019





KOTA BHARU, 12 Ogos (Bernama) -- Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini berkenan menyembelih dua ekor lembu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha menerusi Majlis Ibadat Qurban Jama’ie, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Padang Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda kira-kira pukul 9 pagi diiringi Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Temenggong Kelantan yang juga Yang Dipertua MAIK Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan Timbalan Yang Dipertua MAIK Zulkifle Ab Rahman.

Tengku Mohamad Rizam berkata sebanyak 39 ekor lembu dikorbankan pada hari ini merangkumi sumbangan dua ekor lembu daripada Sultan Muhammad V, 10 ekor lembu daripada orang ramai manakala baki selebihnya daripada MAIK.

"Daging lembu itu akan diagihkan kepada golongan asnaf di sekitar Kota Bharu selain kepada Masjid Panji dan Masjid Muhammadi," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Zulkifle berkata MAIK akan mengadakan Majlis Korban Perdana di perkampungan Orang Asli Kuala Betis pada Rabu, dengan kebanyakan lembu disumbangkan oleh Masjid Bukit Damansara, Kuala Lumpur dengan kerjasama MAIK.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buluh, daun rumbia hasilkan replika tempua terbesar di Malaysia

 
     

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel