8KvsWHJtBBU Dua wanita maut dalam kebakaran di rumah kedai
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua wanita maut dalam kebakaran di rumah kedai


Tarikh kemaskini: 12/08/2019





JOHOR BAHRU, 12 Ogos (Bernama) – Dua wanita maut dalam kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Indah 8/15, Taman Bukit Indah, di sini, awal pagi Ahad.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri Pegawai Bomba Kanan II Inggai Anak Bakau berkata kedua-dua wanita terbabit berumur lingkungan 20-an dan 70-an meninggal dunia di tempat kejadian.

Inggai berkata seorang lelaki berumur 40-an, seorang wanita 30-an serta seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun pula  cedera dalam kejadian itu .

Beliau berkata lelaki dan wanita itu diselamatkan pihak bomba lalu diserahkan kepada ambulans untuk rawatan selanjutnya dan  kanak-kanak lelaki itu pula dihantar ke Hospital Columbia Asia, di sini, oleh orang awam manakala mayat kedua-dua wanita  itu pula diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Bomba menerima panggilan kebakaran di kedai pembekal barangan pembinaan itu menerusi talian MERS 999 pada 4.34 pagi.

“Seramai 28 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Larkin dan Skudai bersama enam jentera bergegas ke tempat kejadian operasi menyelamat dan pemadaman kebakaran,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki dan wanita itu diselamatkan pihak bomba lalu diserahkan kepada ambulans untuk rawatan selanjutnya manakala kanak-kanak lelaki itu pula dihantar ke Hospital Columbia Asia, di sini, oleh orang awam.

Katanya  punca dan anggaran kerugian kebakaran sedang disiasat.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel