Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sistem amaran awal bencana perlu dikemaskini - Rina


Tarikh kemaskini: 12/08/2019





PADANG BESAR, 12 Ogos (Bernama) -- Sistem pengesanan amaran awal bencana di negara ini perlu dikemas kini bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata sistem yang lebih pantas dan berkesan dalam mengesan bencana perlu bagi membolehkan pihak berkuasa membuat persediaan.

“Saya diberitahu amaran diberikan selepas kejadian (ribut) berlaku di Langkawi, selepas itu baru Perlis. Jadi sistem yang ada kena pantas dan cepat untuk kesan amaran bencana akan berlaku.

“Langkawi kena pada 8 malam adalah yang teruk terjejas. Sistem yang ada kalau boleh kesan dahulu, jadi kemungkinan risiko untuk lebih teruk itu dikurangkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah yang rosak akibat angin kencang dan hujan lebat yang melanda negeri ini Jumaat lepas (9 Ogos).

Terdahulu, Rina diberi Taklimat Khas Bencana Ribut oleh Setiausaha Kerajaan negeri Azman Mohd Yusof di Bilik Gerakan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Perlis, di sini.

Hujan lebat disusuli angin kencang pada Jumaat lepas, membadai beberapa negeri di utara Semenanjung melibatkan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, mengakibatkan banyak kejadian pokok tumbang, bekalan elektrik terputus, selain rumah dan kemudahan awam rosak.

Di Perlis, lebih 500 rumah mengalami kerosakan.

Rina berkata kesemua lapan Tadika Kemas dan satu Taska di Perlis serta 48 rumah di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah yang terjejas dalam kejadian itu telah diberi peruntukan segera untuk kerja membaik pulih.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel