Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dr Mahathir tinjau kesan ribut di Pantai Tengah


Tarikh kemaskini: 12/08/2019





LANGKAWI, 12 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meluangkan masa meninjau keadaan di sepanjang Pantai Tengah di sini yang teruk dibadai ribut dalam kejadian Jumaat lalu.

Beliau yang mempunyai program padat di Langkawi hari ini memandu sendiri kereta SUV Lexus bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali melihat sendiri kesan ribut yang masih kelihatan.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi meluangkan  masa kira-kira 15 minit di lokasi tersebut.

Kesan pokok tumbang yang sudah dibersihkan dan kerosakan yang berlaku pada premis perniagaan di kawasan tersebut masih dapat dilihat di sepanjang lokasi tersebut.

Dalam kejadian Jumaat lalu, hujan lebat berserta angin yang kencang melanda kawasan itu kira-kira pukul 7.45 malam menyebabkan premis perniagaan, kenderaan telah ditimpa pokok malahan kabel elektrik jatuh di atas jalan raya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel