Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Keutamaan baiki sekolah, institusi pendidikan terjejas ribut


Tarikh kemaskini: 12/08/2019





TEMERLOH, 12 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kerja Raya memberi keutamaan kepada kerja pembaikan sekolah dan institusi pendidikan yang rosak akibat ribut daripada ekor Taufan Lekima, Jumaat lalu.

Timbalan Menterinya Mohd Anuar Mohd Tahir berkata setakat ini, mereka masih menunggu laporan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tindakan selanjutnya. 

Sehubungan itu, Mohd Anuar menggesa sekolah yang terjejas segera membuat laporan kepada Pejabat Pendidikan Daerah untuk dipanjangkan kepada KPM diikuti kementerian beliau.

"Kita akan menghantar jurutera daerah untuk melihat dan membuat anggaran kerosakan supaya apabila peruntukan ada, kita dapat segera mencari kontraktor yang berkelayakan untuk membaikinya," katanya. 

Mohd Anuar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kenduri Rakyat sempena Hari Raya Aidiladha anjuran bersama Pejabat Ahli Parlimen Temerloh dan Anih Berhad di Lanchang Permai di sini, hari ini. 

Pada Sabtu lalu, KPM mengesahkan sebanyak 329 sekolah dan institusi pendidikan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang dan Terengganu mengalami kerosakan akibat taufan itu, dengan kerugian dianggarkan RM20 juta. 

Pada majlis itu, Anih Berhad yang merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1 menyumbangkan dua ekor lembu bagi ibadat korban untuk diagihkan kepada golongan asnaf sekitar Lanchang. 

Pengarah Eksekutif Anih Berhad Datuk Nik Fauzi Nik Hussein menyifatkan sumbangan itu sebagai platform kepada pihaknya untuk mengukuhkan silaturahim dengan penduduk setempat selain membantu menceriakan golongan yang memerlukan. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel