Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih 1,500 rumah terjejas akibat ribut di Kedah


Tarikh kemaskini: 12/08/2019





ALOR SETAR, 12 Ogos (Bernama) -- Sejumlah 1,536 rumah di 12 daerah di Kedah terjejas apabila mengalami pelbagai kerosakan antaranya pada bahagian bumbung diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut pada Jumaat malam lepas.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub berkata daripada jumlah itu daerah Kuala Muda mencatatkan rumah paling banyak rosak iaitu terdapat 444 buah dan diikuti 260 rumah di Kota Setar.

"Rekod itu diambil dari Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri. Sebanyak 330 kes pokok tumbang diterima akibat ribut itu," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Aspirasi Korban APM negeri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Awang Askandar berkata pihaknya yang terdiri daripada 139 anggota termasuk pegawai masih menjalankan operasi pembersihan dengan daerah Langkawi dan Kota Setar paling banyak terjejas ekoran kejadian ribut berkenaan.

"Apa kita buat, kita bersihkan dulu kawasan yg menjadi laluan utama orang awam antaranya jalan raya utama, apabila dah bersih di kawasan itu, baru kita pergi kerumah-rumah penduduk yang ada pokok tumbang ini untuk ambil tindakan.

"Kita bertindak mengikut keutamaan dengan bantuan antaranya daripada pihak Pejabat Daerah, PDRM (Polis Diraja Malaysia), bomba dan JKR (Jabatan Kerja Raya)," katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya sentiasa bersiap sedia dari semasa ke semasa menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku lagi kejadian ribut tersebut.

"Tetapi buat masa ini Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada gelombang kedua ribut seperti ini setakat ini, bagaimanapun kita tetap sentiasa bersedia 24 jam," katanya.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan kejadian ribut di beberapa negeri di utara tanah air disebabkan tempias Taufan Lekima yang membadai China dengan kelajuan angin dicatatkan mencecah 100.8 kilometer sejam. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel