tDJ2-sD9r3U Mangsa ribut dibantu ikut kemampuan kerajaan - Dr Mahathir
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mangsa ribut dibantu ikut kemampuan kerajaan - Dr Mahathir


Tarikh kemaskini: 12/08/2019





LANGKAWI, 12 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan membantu mangsa bencana di negara ini termasuk ribut yang melanda beberapa kawasan di utara Semenanjung Jumaat lepas.

Ahli Parlimen Langkawi itu bagaimanapun berkata bantuan yang disalurkan perlu juga mengambil kira keadaan kewangan kerajaan.

"Kita tak ada duit jadi belanja setakat yang mampu sahaja. Kalau kita belanja duit yang tak ada, kita akan hadapi masalah kewangan. Macam dulu ni dia (kerajaan terdahulu) belanja duit banyak tetapi sekarang ni yang kena bayar hutang kita bukan dia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama penduduk sempena majlis korban di Masjid Al Huda, Padang Matsirat di sini hari ini.

Hadir sama Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat Juhari Bulat.

Mengenai kejadian ribut yang dipercayai berpunca oleh Taufan Lekima, Dr Mahathir memuji tindakan pantas yang disalurkan agensi terlibat kepada semua mangsa.

“Ribut kali ini terkena seluruh Langkawi, walaupun demikian, kita dapati tindakan awal telah diambil untuk pulihkan semula keadaan. Saya dapati bahawa responsnya cepat dan baik,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel