Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekas ADUN Kota meninggal dunia


Tarikh kemaskini: 12/08/2019




SEREMBAN,12 Ogos (Bernama) -- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Datuk Zaharuddin Mohd Shariff, 62, meninggal dunia akibat jangkitan pada organ dalaman di Hospital Tampin, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh ADUN Kota, Datuk Seri Dr Awaluddin Said yang memaklumkan kepada Bernama bahawa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 2 petang tadi.

Beliau berkata jenazah Allahyarham, yang merupakan bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Rembau, dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Chenong, Chengkau, Rembau untuk dimandikan.

“Jenazah juga akan disolatkan di Masjid Khariah Penajis Bandar selepas solat Isyak dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Baru Penajis," katanya.

Allahyarham Zaharuddin, yang meninggalkan seorang balu dan empat anak, menjadi ADUN Kota dari 1999 sehingga 2004 dan pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin bermula 1993 sehingga 2000.

Selain itu, beliau pernah menjadi  Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tampin selama dua tahun bermula pada 2001 dan menjawat jawatan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Rembau pada tahun 2003 sehingga 2013.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel