Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perangsang Selangor sumbang 100 ekor lembu


Tarikh kemaskini: 13/08/2019





SHAH ALAM, 13 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) menyumbang sebanyak 100 ekor lembu dengan nilai kira-kira RM500,000 kepada kerajaan negeri sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Pengarah Bersekutu Bahagian Perhubungan Awam, Media dan Tanggungjawab Sosial Korporat Perangsang Selangor, Mohd Fauzi Mohd Ghazali berkata daripada jumlah itu sebanyak tujuh ekor diserahkan kembali kepada pihak syarikat untuk urusan agihan.

"Tiga ekor telah kami sumbangkan kepada persatuan dan surau yang memerlukan manakala baki lagi empat ekor dan tambahan seekor lembu sumbangan kakitangan Perangsang Selangor kami agihkan dalam program hari ini.

"Hari ini dianggarkan kira-kira 200 orang akan menerima agihan daging korban dari Perangsang Selangor dan mereka ini terdiri daripada golongan mualaf dan asnaf dari sekitar Shah Alam dan daerah berdekatan," katanya di Majlis Ibadah Korban dan Agihan Zakat Perangsang Selangor di sini, hari ini.

Tambah beliau di majlis berkenaan pihaknya turut menyerahkan agihan zakat sebanyak RM40,000 kepada 38 keluarga asnaf mualaf dari Pertubuhan Muallaf Progress, Bukit Beruntung, Rawang.

Tambah Mohd Fauzi seramai kira-kira 140 orang telah bersama bergotong-royong bagi menjayakan majlis berkenaan termasuk 80 orang asnaf mualaf.

"Pendedahan cara melakukan ibadah korban ini diharap dapat memantapkan lagi kefahaman mengenai Islam di dalam diri para mualaf agar mereka dapat mejadi musli yang sejati," katanya.  

Tambah beliau diharap dengan agihan daging dan wang zakat berkenaan ia dapat memberikan peluang kepada golongan berkenaan untuk bersama-sama merasai kemeriahan menyambut Hari Raya Aidiladha selain meringankan beban mereka dalam menampung belanja seharian.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel