Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis rampas 12,000 karton rokok bernilai RM300,000


Tarikh kemaskini: 13/08/2019





KUALA KRAI, 13 Ogos (Bernama) -- Polis berjaya mematahkan cubaan tiga lelaki menyeludup 12,000 karton rokok bernilai RM300,000 selepas menahan dua lori di Kampung Bukit Batu di sini, Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai DSP Wan Fauzi Wan Ishak berkata ketiga-tiga suspek, masing-masing berusia 54, 25 dan 22 tahun berkenaan ditahan pasukan peronda di kampung berkenaan kira-kira pukul 7.45 pagi.

"Ketiga-tiga suspek dipercayai mengambil kesempatan kesesakan jalan berikutan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan menggunakan laluan alternatif bagi mengabui mata pihak berkuasa.

"Taktik mereka bagaimanapun tidak berjaya 'menipu' kami apabila pasukan peronda berjaya menahan lori terbabit yang dalam perjalanan dari Wakaf Che Yeh, Kota Bharu ke Gua Musang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai di sini, hari ini.

Wan Fauzi berkata hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua kenderaan terbabit menemui rokok-rokok putih berkenaan yang dipercayai untuk dipasarkan kepada warga asing yang bekerja di ladang-ladang di Gua Musang.

"Kami percaya rokok-rokok tersebut dibawa masuk dari negara jiran dan ditinggalkan di beberapa lokasi sebelum dibawa ke Gua Musang.

"Semakan ke atas suspek mendapati dua pemandu lori itu mempunyai rekod jenayah lampau. Mereka diupah RM1,000 untuk memandu lori-lori berkenaan," katanya.

Katanya ketiga-tiga suspek direman selama empat hari bermula Ahad lepas sehingga esok (14 Ogos) dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barangan dilarang import.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buluh, daun rumbia hasilkan replika tempua terbesar di Malaysia

 
     

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel