Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Adik-beradik nekad terjun dari rumah terbakar


Tarikh kemaskini: 13/08/2019





SANDAKAN, 13 Ogos (Bernama) -- Sepasang adik-beradik nekad terjun dari  tingkat dua rumah mereka yang terbakar di Batu 2  di sini tengahari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung berkata mangsa dikenali sebagai Marina Zulfiqar, 24 dan adik lelakinya Risqi, 8 masing-masing cedera di bahagian kaki dan tangan ketika  terjun untuk menyelamatkan diri.

"Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Duchess of Kent oleh orang awam untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.33 tengahari  dan dan tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian.

Katanya api berjaya dikawal dalam masa 15 minit dan padam sepenuhnya dua jam kemudian dan  rumah tersebut musnah 100 peratus.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel