Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

IPU di Sarawak menunjukkan penurunan setakat 4 petang ini


Tarikh kemaskini: 13/08/2019





KUCHING, 13 Ogos (BERNAMA) -- Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak secara keseluruhannya menunjukkan penurunan setakat 4 petang ini.

Bagaimanapun Stesen Pengawasan Udara Automatik yang terletak di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri masih mencatat bacaan IPU pada tahap bahaya dengan bacaan 336.

Menurut data yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di SK Kuala Baram 2 menunjukkan perubahan baik daripada kategori berbahaya kepada kategori sangat tidak sihat iaitu daripada bacaan 312 pada 10 pagi kepada bacaan 272 pada 3 petang.

Seterusnya, keadaan jerebu di Sri Aman masih berada pada kategori tidak sihat dengan bacaan IPU 134. Bacaan IPU di Sibu, Miri dan Kuching pula kekal pada kategori sederhana dengan masing-masing pada bacaan IPU 79, 80 dan 79.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100, sederhana; 101-200, tidak sihat; 201-300, sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya.

Orang awam boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel