Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiang penopang jejambat ke bulatan Billion Cheras retak


Tarikh kemaskini: 13/08/2019




KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Salah satu daripada  tiang penopang di jejambat susur laluan dari arah Ampang ke Bulatan Billion/Cheras di Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) di sini dikesan mengalami keretakan.

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR)  berikutan itu lorong kenderaan di susur itu dikecilkan bagi menghadkan bebanan  di jejambat itu sebagai langkah keselamatan.

“Pengecilan lorong ini dilakukan selama empat bulan dan akan dibuka semula setelah siasatan terperinci dan kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan,” menurut kenyataan jabatan itu.

Selain  papan tanda dan notis dipasang di lokasi itu, petugas pengawal bendera juga sentiasa ditempatkan untuk mengawal lalu lintas dan membantu pengguna jalan raya.

  Menurut kenyataan itu lagi, Bahagian Forensik Jambatan JKR  mengesan keretakan itu melalui pemeriksaan pada 23 Julai lepas dan sehubungan itu tindakan mengecilkan lorong daripada enam meter kepada 3.5 meter diambil pada 8 Ogos lepas.

 Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut  boleh menghubungi JKR daerah Hulu Langat di talian 03-89114040.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel