Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekalan elektrik dua lagi kilang kitar semula plastik haram dipotong


Tarikh kemaskini: 13/08/2019




SUNGAI PETANI, 13 Ogos (Bernama) -- Dua lagi kilang kitar semula plastik haram di sini, tidak akan dapat beroperasi setelah bekalan elektrik di premis berkenaan dipotong serta merta dalam satu operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar negeri, Simon Ooi Tze Min berkata operasi hampir empat jam bermula 9.30 pagi itu dijalankan di sekitar daerah Kuala Muda.

"Sehingga hari ini, sebanyak 10 kilang haram telah dipotong bekalan elektrik antaranya di kawasan Perindustrian Taman Ria Jaya, Bakar Arang, Taman Songket Indah dan Pinang Tunggal. Selepas ini  beberapa kilang lagi yang akan dikenakan tindakan yang sama.

"Sebelum ini ada kilang yang telah diarahkan tutup tetap menjalankan operasi secara haram, jadi saya lihat langkah pemotongan bekalan elektrik ini adalah sangat berkesan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Arang itu berkata keadaan pencemaran udara oleh kilang-kilang kitar semula di daerah Kuala Muda masih terkawal, malah sebenarnya hanya terdapat kurang 20 kilang haram dan bukan 100 seperti didakwa.

"Sebelum ini ada badan bukan kerajaan (NGO) cakap ada 100 kilang haram tapi kalau ikut data ia tidak tepat, tapi jika mereka ada maklumat, saya minta mereka salurkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan susulan dapat diambil.

"Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa menjalankan pemeriksaan bagi memastikan kilang yang beroperasi ada lesen, dan ada beberapa kilang yang diberi kebenaran untuk beroperasi sementara walaupun masih belum dapat lesen, dan jika mereka patuhi syarat yang ditetapkan, kita akan beri lesen," katanya.

Pada 9 Julai lalu, Ooi berkata kerajaan negeri mengarahkan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) untuk mengambil tindakan menjalankan operasi menutup kilang-kilang yang beroperasi tanpa lesen dengan ‘sitaan pita kuning’.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel