Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Musim kering jejas bekalan air - Kementerian Utiliti Sarawak


Tarikh kemaskini: 13/08/2019




KUCHING, 13 Ogos (Bernama) --  Keadaan cuaca kering di Sarawak memberi kesan kepada operasi untuk menyediakan bekalan air berterusan berikutan kebakaran hutan dan tanah gambut serta paras air yang rendah.

Menurut kenyataan Kementerian Utiliti Sarawak hari ini kebakaran hutan dan tanah gambut di daerah Mukah  baru-baru ini telah menjejaskan bekalan air ke Kampung Penipah, Kampung Tekajong dan Kampung Bruit di bawah bidang kuasa Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak. 

“Kebakaran bawah tanah di kawasan tanah gambut turut melibatkan beberapa laluan paip HDPE, mengakibatkan kebocoran yang teruk. Kakitangan JBALB tidak dapat memasuki tapak untuk mengenal pasti tahap kerosakan dan menjalankan kerja pembaikan disebabkan asap tebal serta bahang daripada kebakaran itu,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu di daerah Sri Aman, pengeluaran bekalan air telah berkurangan disebabkan paras air rendah.

“Paras air semasa di Loji Air Bayai kini berada pada tahap kritikal. JBALB sedang menjalankan kerja pengorekan di kawasan pengambilan air untuk mengurangkan pengeluaran air yang rendah dan kedudukan paras air juga akan dipantau rapi.

“JBALB telah mengeluarkan notis awal berhubung musim kering berpanjangan yang berkemungkinan memberi kesan terhadap bekalan air kepada pengguna di daerah Sri Aman,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, dalam meredakan masalah di kawasan yang mengalami kekurangan bekalan air semasa musim kering, lori tangki air akan diletak dalam keadaan siap siaga, dan bersedia menghantar air ke kawasan terjejas sebagai langkah segera.

Berikutan musim kering lazim, pengguna juga digesa supaya menyimpan air dan berjimat dalam menggunakan air.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel