Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penerbangan dibatal berikutan kerosakan lampu landasan Lapangan Terbang Sibu


Tarikh kemaskini: 13/08/2019





SIBU, 13 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 12 penerbangan dibatalkan sejak 7.00 malam ini berikutan kerosakan lampu tepi landasan di Lapangan Terbang Sibu.

Daripada jumlah itu, 10 penerbangan adalah AirAsia dan dua lagi MasWings yang kesemuanya melibatkan 1,561 penumpang.

Pengurus Lapangan Terbang Sibu, Zainuddin Abu Nasir berkata, kerosakan lampu itu dikesan kira-kira pukul 3.00 petang dan keputusan menutup landasan dari pukul 7.00 petang hingga 6.00 pagi keesokan hari adalah atas faktor keselamatan serta bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemulihan.

"Pasukan petugas telah berjaya membaik pulih sebahagian daripada lampu tepi landasan pada pukul 7.50 malam, kita terus membuka kembali landasan untuk pelepasan dan ketibaan. Namun pihak syarikat-syarikat penerbangan membuat keputusan menangguh penerbangan masing-masing sehingga esok.

"Sekarang kerja-kerja menstabilkan lampu tepi landasan yang sudah berjaya dibaikpulih itu dan keadaan akan kembali pulih sepenuhnya esok,” katanya kepada media di Lapangan Terbang Sibu malam ini.

Sebuah pesawat AirAsia bagi penerbangan Sibu-Kuala Lumpur telah berlepas kira-kira 6.00 petang sebelum penutupan landasan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel