Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kedai runcit di bangunan lama di Pekan Tuaran musnah terbakar


Tarikh kemaskini: 13/08/2019





TAMPARULI, 13 Ogos (Bernama) -- Sebuah kedai menjual barangan runcit yang beroperasi di bangunan konkrit berusia lebih empat dekad di pekan ini, musnah dalam kebakaran lewat petang tadi.

Kejadian pada kira-kira 5 petang itu disedari pemilik premis apabila api dipercayai bermula dari bahagian dapur kedai, sebelum merebak pada bahagian siling bangunan dua tingkat berkenaan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran Sailin Jun berkata pihaknya menghantar dua jentera untuk memadam kebakaran, sejurus menerima panggilan kecemasan pada 5.05 petang.

"Ketika anggota JBPM tiba di lokasi kejadian, kira-kira 20 peratus premis berkenaan musnah terbakar, manakala barangan yang ada didalamnya gagal diselamatkan pemiliknya," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata anggota JBPM mengambil masa kira-kira 30 minit mengawal dan memadam sepenuhnya kebakaran itu. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel