Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat wanita dipercayai warga Singapura hilang ketika berkayak ditemui


Tarikh kemaskini: 14/08/2019





MERSING, 14 Ogos (Bernama) -- Mayat wanita dipercayai salah seorang daripada dua warga Singapura yang dilapor hilang ketika berkayak di perairan Endau, di sini, Khamis lepas, ditemui di perairan Kemaman, Terengganu, tengah hari tadi.

Pengarah Maritim Malaysia Zon Mersing Komander Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata mayat lengkap berpakaian dan memakai jaket keselamatan itu ditemui terapung kira-kira 12.50 tengah hari di kedudukan lima batu nautika timur Kuala Kemaman, oleh nelayan tempatan.

"Mayat kemudian disahkan tiba di Maritim Malaysia Zon Kemaman pada 4.30 petang dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk pengecaman keluarga serta bedah siasat," katanya kepada pemberita di Pangkalan Hadapan Carilamat yang diwujudkan di Jeti Penyabong, Endau, di sini hari ini.

Haris Fadzillah berkata lokasi mayat ditemui adalah 18 batu nautika dari kayak milik dua warga Singapura, ditemui semalam, manakala 100 batu nautika dari lokasi terakhir dua warga Singapura itu iaitu lelaki, Tan Eng Soon, 62, dan wanita, Puah Geok Tin, 57, dilapor hilang, Khamis lepas.

Beliau berkata waris yang berada di Pangkalan Hadapan Carilamat sudah dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu dan akan ke Kemaman hari ini untuk membuat pengecaman.

Beliau berkata berikutan penemuan mayat berkenaan, sektor pencarian menggunakan aset udara oleh agensi penyelamat kini diperluaskan sekitar 600 batu nautika persegi perairan Kuantan, Pahang sehingga ke Kerteh, Terengganu.

"Dengan penemuan terbaharu itu juga, buat masa ini, pencarian di pulau-pulau sekitar perairan Endau dihentikan sementara kerana kita sudah melakukan pencarian di kawasan berkenaan," katanya.

Khamis lepas, Tan dan Puah dilaporkan hilang pada kira-kira 5.40 petang selepas kayak dinaiki terpisah dengan 13 lagi rakan mereka antara Pulau Sri Buat, Pahang dan Pulau Mertang, Mersing.

Mereka dipercayai terpisah dari kumpulan berikutan laut bergelora dan angin kuat.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel