Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Imtiaz Mandarin: Inisiatif Terengganu perkasa keharmonian kaum-MB


Tarikh kemaskini: 14/08/2019





KUALA TERENGGANU, 14 Ogos (Bernama) -- Penubuhan Pusat Tahfiz Mandarin atau Imtiaz Mandarin di Dungun  pada tahun depan adalah antara inisiatif kerajaan negeri Terengganu dalam memperkasa perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata sebagai permulaan, pengambilan pertama sekolah itu akan melibatkan seramai 50 pelajar iaitu 25 lelaki dan 25 perempuan.

"Kita menyedari bahawa asas untuk memahami bangsa lain adalah melalui bahasa. Di Terengganu ini, hampir 97 peratus penduduknya adalah Melayu Islam dan kita mahu saling memahami kelompok minoriti yang lain.

"Penubuhan Imtiaz Mandarin itu juga adalah untuk memberi peluang kepada 530 murid Islam yang belajar di sekolah Cina untuk terus menyambung pelajaran dalam bahasa itu dan menduduki kertas peperiksaan Mandarin dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah tahfiz milik kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk A Rahman Yahya, Ketua Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019, Suwadi Guliling dan Pengarah Jabatan Penerangan Terengganu, Azahar Ismail.

Seramai 133 peserta dengan 60 kenderaan terlibat dalam konvoi selama dua hari di Terengganu untuk menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan kali ini.

Rangkaian Sekolah Menengah Imtiaz adalah di bawah pengurusan Yayasan Terengganu dan sehingga kini terdapat lapan sekolah Imtiaz di seluruh negeri itu dengan penekanan hafazan 30 juzuk Al-Quran dan pembelajaran mengikut silibus Kementerian Pendidikan

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buluh, daun rumbia hasilkan replika tempua terbesar di Malaysia

 
     

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel