Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jabatan Perikanan P.Pinang nafi ikan mati sebab keracunan


Tarikh kemaskini: 14/08/2019





GEORGE TOWN, 14 Ogos (Bernama) -- Jabatan Perikanan Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan kematian ikan-ikan dalam sangkar di perairan Teluk Bahang berpunca akibat keracunan dan pencemaran seperti tular di media sosial baru-baru ini.

Jabatan tersebut, dalam kenyataan, berkata punca sebenar  kematian ikan dalam sangkar di Teluk Bahang itu masih dalam siasatan pihaknya, Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS) Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar.

"Kami telah menghantar sampel ikan dan sampel air ke makmal Jabatan Perikanan bagi membuat analisis terperinci parameter rasmi seperti kualiti air, kandungan logam berat, parasit dan sebagainya. Hasil analisa tersebut akan dimaklumkan dalam masa terdekat selepas keputusan lengkap diperoleh," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini sebuah akhbar melaporkan ribuan ikan yang diternak di dalam sangkar di kawasan perairan Teluk Bahang mati dipercayai akibat keracunan.

Susulan laporan berkenaan tular dalam media sosial mengenai amaran kepada pengguna agar tidak memakan ikan yang ditangkap di kawasan berkenaan.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     

Senarai penuh Kabinet Sarawak

 
     

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel