Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mangsa ribut akan terima wang ihsan antara RM200 - RM500 - Dr Wan Azizah


Tarikh kemaskini: 15/08/2019





PUTRAJAYA, 15 Ogos (Bernama) -- Mangsa kejadian ribut yang melanda tujuh negeri, Jumaat lalu, aan menerima bantuan wng ihsan antara RM200 hingga RM500 mengikut tahap kerosakan kediaman masing-masing, kata Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata Kabinet bersetuju memberi bantuan kepada mangsa melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) melibatkan peruntukan keseluruhan RM17.025 juta.

Peruntukan tersebut akan turut digunakan bagi membiayai perolehan sama ada barangan atau perkhidmatan yang berkaitan dengan membaik pulih kediaman yang rosak, katanya.

"Kerajaan persekutuan bersama-sama kerajaan negeri sedaya upaya akan membantu bagi meringankan beban mangsa yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Dr Wan Azizah, sehingga semalam, 3,601 buah kediaman dilaporkan telah rosak selain premis-premis lain seperti sekolah, hospital, masjid dan surau.

Dr Wan Azizah berkata di peringkat negeri, sebahagian kerja baik pulih kecil telah disiapkan manakala sebahagian lagi di peringkat verifikasi dan anggaran kos baik pulih.

"Kerajaan berharap semua mangsa terlibat tabah dalam menghadapi bencana ini dan kerajaan, baik di peringkat persekutuan mahupun negeri, komited untuk membantu mangsa-mangsa terlibat sebaik mungkin," katanya.

Pada 9 Ogos lepas, dilaporkan tujuh negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang dan Terengganu dilanda ribut kesan daripada Taufan Lekima yang melanda timur China.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel