Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Pulau Pinang bangunkan data garis dasar mengenai kualiti air


Tarikh kemaskini: 15/08/2019





GEORGE TOWN, 15 Ogos (Bernama) -- Susulan dakwaan mengenai kematian beribu-ribu ekor ikan dalam sangkar di perairan Teluk Bahang, kerajaan Negeri telah menubuhkan satu pasukan petugas untuk membangunkan data garis dasar mengenai kualiti air.

Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata pasukan petugas itu diberi tempoh 18 bulan untuk membangunkan data tersebut yang akan berguna untuk siasatan masa depan.

"Data itu akan digunakan oleh Jabatan Alam Sekitar (DoE), Universiti Sains Malaysia (USM), Jabatan Perikanan Pulau Pinang, atau mana-mana agensi yang menyiasat kualiti air," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan membentuk satu platform bersama untuk mengumpul sampel seperti data mengenai pemasaan, suhu air, air pasang dan sebagainya.

Terdahulu, kematian 50,000 ekor ikan di perairan Teluk Bahang dipercayai disebabkan oleh pencemaran logam berat, tetapi Phee berkata bahawa tahap logam berat adalah “di bawah paras yang dibenarkan”. 

Beliau berkata kematian beribu-ribu ekor iklan adalah disebabkan oksigen terlarut rendah (DO) yang terdapat dalam air, kerana keputusan ujian menunjukkan kepekatan DO hanya empat miligram (mg) seliter, berbanding dengan kadar air segar normal sebanyak 7.56 mg seliter.

"Punca kepekatan rendah DO boleh berubah-ubah, seperti tumbuhan alga, iaitu pertumbuhan alga yang berlebihan di alam sekitar, pencemaran logam berat dan populasi ikan yang berlebihan," katanya.

Semalam, Jabatan Perikanan Pulau Pinang dalam satu kenyataan menafikan dakwaan bahawa kematian beribu-ribu ikan dalam sangkar di perairan Teluk Bahang disebabkan oleh keracunan dan pencemaran seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel