Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bakar hutan: Bomba Sarawak buat laporan polis, dikhianat, disabotaj pihak tidak bertanggungjawab


Tarikh kemaskini: 15/08/2019





KUCHING, 15 Ogos (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak hari ini membuat satu laporan polis berhubung perbuatan khianat dan sabotaj individu tidak bertanggungjawab yang melakukan pembakaran hutan di Kampung Sedi.

Laporan itu dibuat Pemangku Ketua Balai Bomba Tanjung Manis, Majedi Tinggal yang mewakili JBPM, di Balai Polis Daro di daerah Matu Daro.

Menurut Majedi, sepasukan bomba telah membuat rondaan bagi memantau situasi kebakaran yang berlaku di Kampung Sedi, awal pagi hari ini, namun apabila sampai di pos kawalan, terdapat sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan.

“Apabila kami berpatah balik ke tempat kebakaran, terdapat dua tompokkan api yang sedang marak dan mengakibatkan kebakaran terus merebak ke kawasan seluas lima ekar.

“Kami mengesyaki terdapat perbuatan sabotaj berlaku dan membuat laporan polis ini untuk rujukan JBPM,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel