Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tanah runtuh: dua kenderaan dihempap pokok tumbang di Ranau


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





KOTA KINABALU, 16 Ogos (Bernama) -- Dua kenderaan dihempap pokok tumbang dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Baha Jalan Marakau Ranau, malam tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sabah, tanah runtuh berlaku bersebelahan sebuah rumah di kampung itu menyebabkan pokok tumbang menghempap sebuah kereta dan motosikal yang berada di garaj.

Balai Bomba dan Penyelamat Ranau menerima panggilan kecemasan pada jam 9.40 malam dan lokasi kejadian terletak 10 kilometer dari balai, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, operasi pemotongan dan mengalihkan pokok berjaya dijalankan.

Tiada mangsa terlibat dilaporkan dan pasukan Bomba turut membuat pemeriksaan di sekitar kawasan untuk memastikan kawasan itu selamat sepenuhnya. 

Operasi terkawal pada jam 9.55 malam dan tamat sepenuhnya pada jam 10.55 malam.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel