Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MBS saran modul pendidikan demokrasi Sabah diwujudkan


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





KOTA KINABALU, 16 Ogos (Bernama) -- Majlis Belia Sabah (MBS) menyarankan kerajaan negeri supaya mewujudkan modul pendidikan demokrasi mengikut acuan negeri Sabah.

Presiden MBS Ahmad Farid Sainuri berkata usaha ini wajar dilakukan bukan sahaja di dalam sekolah atau institut pengajian, malah perlu dibudayakan di luar silibus pendidikan formal.

Katanya perbezaan latar agama dan kaum yang berbeza di negeri Sabah perlu diambil kira dalam pembentukan modul tersebut. 

Hal ini kritikal bagi memastikan keharmonian kaum di negeri Sabah dapat dikekalkan, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Farid berkata MBS turut menggesa kerajaan negeri untuk menginstitusikan modul pendidikan demokrasi dan kenegeraan negeri Sabah sebagai langkah progresif dalam mendepani cabaran mendatang. 

Beliau berkata MBS sebagai badan induk pertubuhan belia negeri Sabah bersedia untuk menjadi rakan kongsi kerajaan negeri dalam menjayakan usaha tersebut.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel